
BOOKTALK - MENELUSURI PEMIKIRAN & IDEA DI SEBALIK SEBUAH BUKU : DARI TEORI KEPADA REALITI
Di pasaran terdapat banyak buku motivasi &
pembangunan diri yang mungkin anda:
- Sudah beli tapi belum habis baca?
- Sudah baca tapi kurang faham?
- Susah relate untuk aplikasi secara praktikal?
Oleh sebab itu kita mulakan inisiatif BookTalk ini.
Bukan sekadar membaca. Bukan sekadar menceritakan
semula. Ianya adalah satu pengalaman pembelajaran yang
membawa anda menyelami intipati sebenar sesebuah
buku kemudian menghubungkannya dengan realiti kehidupan.
Apa yang membezakan BookTalk ini?
1. Bedah Intipati
Fokus kepada idea utama, prinsip dan mesej penting yang sering
terlepas pandang.
2. Tafsiran & Perspektif
Dihuraikan dengan sudut pandang yang lebih luas, termasuk
konteks semasa & realiti masyarakat hari ini.
3. Aplikasi Kehidupan
Bukan sekadar faham, tetapi bagaimana untuk mengaplikasikan
dalam kehidupan sebenar - kewangan, kerjaya & pemikiran.
Apakah yang kita akan bincang?
Untuk siri ke 1, kita memilih Buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert T
Kiyosaki untuk dikupas merangkumi subtopik berikut:
- Perbezaan Cara Fikir “Rich Dad vs Poor Dad”
Bagaimana dua pemikiran berbeza boleh menghasilkan dua arah
kehidupan yang sangat berbeza.
- Aset vs Liabiliti (Yang Ramai Masih Keliru)
Kenapa ramai rasa mereka ada aset… tetapi sebenarnya sedang
menambah beban kewangan.
- Kenapa “Kerja Keras” Sahaja Tidak Cukup
Realiti yang jarang dibincangkan tentang kerja, gaji dan kestabilan
kewangan.
- Mindset Yang Membentuk Keputusan Kewangan
Bagaimana kepercayaan tentang duit mempengaruhi tindakan dan
hasil hidup kita.
- Dari Pendapatan Aktif ke Pendapatan Pasif
Fahami bagaimana orang kaya membina aliran kewangan yang
berbeza.
Masa: 8.15 pm - 9.15 pm.
Tempat: Dewan NLPMC, Ukay Perdana,
Ampang, Selangor.
MASUK PERCUMA!
Hadiah: Baucar pembelian buku bernilai RM 20.
Bagi setiap pembelian minimum RM 60
di booth INSAN.