
BOOKTALK - MENELUSURI PEMIKIRAN & IDEA DI SEBALIK SEBUAH BUKU : DARI TEORI KEPADA REALITI
Di pasaran terdapat banyak buku motivasi & pembangunan diri yang mungkin anda:
- Sudah beli tapi belum habis baca?
- Sudah baca tapi kurang faham?
- Susah relate untuk aplikasi secara praktikal?
Oleh sebab itu kita mulakan inisiatif BookTalk ini. Bukan sekadar membaca. Bukan sekadar menceritakan semula. Ianya adalah satu pengalaman pembelajaran yang membawa anda menyelami intipati sebenar sesebuah buku kemudian menghubungkannya dengan realiti kehidupan.
Apa yang membezakan BookTalk ini?
1. Bedah Intipati
Fokus kepada idea utama, prinsip dan mesej penting yang sering terlepas pandang.
2. Tafsiran & Perspektif
Dihuraikan dengan sudut pandang yang lebih luas, termasuk konteks semasa & realiti masyarakat hari ini.
3. Aplikasi Kehidupan
Bukan sekadar faham, tetapi bagaimana untuk mengaplikasikan dalam kehidupan sebenar - kewangan, kerjaya & pemikiran.
Apakah yang kita akan bincang?
Untuk siri ke 1, kita memilih Buku Rich Dad Poor Dad oleh Robert T Kiyosaki untuk dikupas merangkumi subtopik berikut:
- Perbezaan Cara Fikir “Rich Dad vs Poor Dad”
Bagaimana dua pemikiran berbeza boleh menghasilkan dua arah kehidupan yang sangat berbeza.
- Aset vs Liabiliti (Yang Ramai Masih Keliru)
Kenapa ramai rasa mereka ada aset… tetapi sebenarnya sedang menambah beban kewangan.
- Kenapa “Kerja Keras” Sahaja Tidak Cukup
Realiti yang jarang dibincangkan tentang kerja, gaji dan kestabilan kewangan.
- Mindset Yang Membentuk Keputusan Kewangan
Bagaimana kepercayaan tentang duit mempengaruhi tindakan dan hasil hidup kita.
- Dari Pendapatan Aktif ke Pendapatan Pasif
Fahami bagaimana orang kaya membina aliran kewangan yang berbeza.
Masa: 8.15 pm - 10.15 pm.
Tempat: Dewan NLPMC, Ukay Perdana, Ampang, Selangor.
Yuran: RM 10 sahaja.
Hadiah: Baucar pembelian buku bernilai RM 20.
Bagi setiap pembelian minimum RM 60 di booth INSAN.